5 Gaya Badan Yang Salah Digunakan Di Tempat Kerja

Ramai orang teringin untuk dinaikkan pangkat di tempat kerja. Menurut undang-undang psikologi, perkara-perkara kecil seperti postur seseorang adalah hampir sama dengan tindakan yang akan dilakukan. Dalam artikel ini, kami akan mendedahkan beberapa rahsia mengenai bagaimana untuk menggunakan bahasa badan yang betul.

1. Duduk dalam keadaan tenang.

Kedudukan santai seperti gambar di bahagian kiri ini membuatkan orang lain berfikir bahawa anda tidak peduli dengan perkara-perkara yang anda lakukan kerana anda merasa terlalu selesa dan malas. Cuba duduk dalam keadaan tegak dan tenang. Cara duduk yang kurang santai dapat menunjukkan bahawa anda sangat berminat dengan apa yang anda lakukan.

2. Menjeling

Isyarat ini dianggap kurang ajar dan tidak sopan – tidak kira di mana anda berada, sama ada di tempat kerja atau di antara rakan-rakan anda, jangan lakukannya.

3. Mengganggu ruang peribadi orang lain.

Pastikan anda tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh apabila berborak. Jarak yang terlalu dekat membuatkan pasangan atau orang di depan anda berada di dalam keadaan yang tidak selesa.

4. Masuk kedalam pejabat dengan senyap.

Apabila anda masuk ke pejabat tanpa mengucapkan selamat kepada rakan-rakan anda, itu adalah tanda yang tidak baik. Mereka mungkin menggangap anda seorang yang sombong. Cubalah sekurang-kurangnya mengangguk atau senyum apabila anda memasuki bilik.

5. Mengasingkan diri daripada persekitaran anda.

Kita semua berasa malu ketika kita mula bekerja di tempat baru. Tetapi jika anda secara fizikal memisahkan diri daripada rakan sekerja dengan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti pasukan, atau selalu makan tengah hari berseorangan sahaja, itu bermakna anda tidak mahu mencipta hubungan yang mesra dengan mereka. Ini menunjukkan bahawa anda adalah orang yang tidak ramah dan tidak berminat. Oleh itu tidak kira betapa sukarnya, cuba untuk mendekatkan diri dengan rakan-rakan anda (tetapi ingat untuk menghormati ruang peribadi mereka).

Loading...

Leave a Reply