‘Awak Buat Adik Saya Hampir Dengan Kematian’

Disebabkan cuti yang panjang pada minggu ini, ramai yang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung. Dan ini menyebabkan jumlah kenderaan yang banyak di atas jalanraya.

Oleh kerana itu, pengguna jalan raya sering dinasihat supaya untuk memandu lebih berhati-hati. Namun bagi seorang pemandu ini, nampaknya dia lebih mahu cepat sampai ke destinasi yang dituju tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, Nojahwati Sohaini memuat naik satu rakaman video di mana adiknya hampir maut akibat oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab ini.

Dalam video yang menjadi viral itu, sebuah kereta jenis BMW warna hitam dilihat cuba memotong sebuah lori namun tidak sempat dan hampir melanggar sebuah kereta jenis Perodua Kenari.

Pemandu Perodua Kenari tersebut sempat mengelak namun kenderaan tersebut gagal dikawal dan terbabas ke seberang jalan. Saksikan video tersebut dibawah.

Tindakan pemandu BMW tersebut dikecam kerana telah membahayakan nyawa pengguna jalanraya yang lain. Semoga ianya menjadi pengajaran terhadap semua kerana akibat sedikit kecuaian dalam memandu mungkin boleh melibatkan nyawa orang lain.

As salam.. Mujur adik Daus MonSterr selamat smlm.. Pada kereta berkenaan.. Awak sgt biadap.. Awak buat adik saya seinci dgn kematian.. Tq.. Jadi saya nak viralkan pe yang awak da buat.. Moga kalau awak nampak tadi.. Awak sedar.. Mana undang-undang yg awak pakai.. X guna dapat lesen kalau cmni cara pemanduan awak.. #kesal #bukanSengajaViral #mogajadiIktibar

Posted by Nojahwati Sohaini on 2hb September 2017

Loading...

Leave a Reply