Ais kepal Milo Pekat, Minuman Viral di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Rakyat Malaysia sememangnya menggemari pelbagai jenis makanan lebih-lebih lagi makanan yang baru dicipta. Tidak kira mahal atau murah, rakyat Malaysia gemar untuk mencuba sesuatu makanan.

Bukan itu sahaja, rakyat di negara kita memang kreatif mencipta pelbagai juadah yang menyelerakan!

Bertempat di Bandar Diraja Perak, Kuala Kangsar, sebuah gerai mencipta fenomena dengan menghidangkan ais kepal dan serbuk Milo yang pekat sebagai topping.

Setiap ais kepal, akan dituangkan bancuhan Milo yang pekat serta mampu menaikkan selera sesiapa sahaja.

Dengan harga sebungkus RM 4.00, anda bukan sahaja menikmati keenakan ais kepal ini malah memberi memori indah anda ketika melancong di Kuala Kangsar.

Setiap hari, pengunjung semakin bertambah dan perlu beratur panjang. Jika anda tidak mahu menyesal kehabisan ais kepal, kunjungilah gerai ini yang bertempat di Jalan Kangsar (berhadapan Farmasi Epal Jaya, Bangunan MARA).

Tunggu apa lagi? Sementara masih cuti, ayuhlah ke Kuala Kangsar dan nikmatilah ais kepal Milo pekat ini!

Sumber: Says.com

Loading...

Leave a Reply