Aplikasi Cryptocurrency Coinbase Ditutup Sejurus Selepas Harga Bitcoin Menjunam

Sekiranya terdapat senarai perkataan yang trending sepanjang 2017, mungkin bitcoin antara salah satu daripadanya. Peningkatan harga bitcoin yang diluar jangkaan pada tahun ini telah membuatkan orang ramai membuka mata untuk melabur begitu juga dengan mereka yang berniat jahat untuk menjadikan bitcoin sebagai skim MLM.

Pada minggu ini kita menyaksikan bagaimana harga bitcoin mampu menjunam sehingga 40% hanya dalam beberapa jam. Keadaan menjadi lebih buruk apabila aplikasi cryptocurrency Coinbase secara tiba-tiba menghentikan servis mereka ketika harga bitcoin jatuh dengan alasan masalah teknikal.

Cryptocurrency Coinbase, bitcoin, scammer bitcoin, bitcoin scammer, penipuan bitcoin, sandaran matawang digital, matawang digital, Cryptocurrency Coinbase ditutup

Apa yang menjadi persoalan orang ramai adalah sejauh mana kriptowang boleh dipercayai selepas sebuah laman web transaksi kriptowang sewenang-wenangnya menghentikan servis web mereka. Apakah matawang ini memberi jaminan keselamatan buat para pengguna atau sebaliknya.

Berdasarkan laporan daripada The Outline, masih belum ada lagi undang-undang dimana laman web yang menjalankan transaksi kriptowang untuk menjaga hak pengguna setakat ini.

Cryptocurrency Coinbase, bitcoin, scammer bitcoin, bitcoin scammer, penipuan bitcoin, sandaran matawang digital, matawang digital, Cryptocurrency Coinbase ditutup

Dalam pada itu, kami ingin menggunakan peluang ini untuk menyarankan buat anda ingin mencuburi pelaburan kriptowang agar lebih berhati-hati dengan platform dipilih kerana dikhuatiri anda mungkin menjadi mangsa scam yang bertopeng bitcoin semata-mata.

Loading...

Leave a Reply