Sijil Halal – Umat Islam tak perlu risau beli keropok udang

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak telah menyerbu sebuah kilang pembungkusan keropok di Gopeng kerana menggunakan logo halal palsu.

Syarikat terbabit telah menjalankan perniagaan menggoreng dan membungkus keropok udang yang mempamerkan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Kemajuan (JAKIM) pada pembungkus keropok berkenaan.

Disebabkan itu, pengguna terutamanya Umat Islam semakin bimbang dengan status halal keropok udang itu kerana ia sudah menjadi antara makanan pengguna yang melalui Hentian Rehat dan Rawat (R&R).sijil halal keropok udang, keropok udang, keropok udang halal, keropok di gopeng, keropok udang logo halal palsu, logo halal palsu

Bagaimanapun, KPDNKK Perak telah mengesahkan hanya satu jenama produk keropok udang sahaja yang tidak mempunyai sijil halal manakala enam lagi produk keropok udang itu mempunyai sijil halal yang sah selepas membuat pemeriksaan di R&R sepanjang lebuhraya di Perak serta kawasan tumpuan orang ramai.

Syarikat yang menggunakan logo halal palsu itu menggunakan keropok mentah yang diperoleh dari Indonesia dan dibungkus sebelum dijual di R&R.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Perak, Shamsul Nizam Khalil memaklumkan hasil pemeriksaan terhadap 65 premis di seluruh negeri terbabit dan mendapat enam produk keropok udang yang dijual mempunyai sijil halal yang sah.

PEMERIKSAAN KEROPOK UDANG YANG DISYAKKI MENGGUNAKAN LOGO HALAL PALSU.Tarikh:09.01.2018Lokasi: Stesen stesen minyak…

Posted by Nforceteam Kpdnkk on 10hb Januari 2018

“Kesemua enam produk ini adalah daripada pengeluar yang berbeza dan pemeriksaan mendapati logo halal yang digunakan adalah mendapat kebenaran JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Majlis Agama Negeri.

“Rekaan bungkusan enam keropok udang ini adalah hampir sama dengan produk yang dirampas sebelum ini iaitu dengan menggunakan warna sama serta terdapat imej seekor udang pada bahagian hadapan bungkusan,” katanya.

Beliau berkata, produk keropok udang yang menggunakan sijil logo halal palsu itu sudah tidak dijual di pasaran.

Oleh itu, Shamsul Nizam berharap pengguna tidak lagi perlu risau dan bimbang mengenai produk keropok udang itu kerana enam produk keropok udang mempunyai sijil halal yang sah.

Loading...

Leave a Reply