Kisah Burung Kakak Tua Lucah Melampau

Seorang wanita memasuki kedai menjual haiwan peliharaan. Dia melihat seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata dan hanya dijual dengan harga RM10 sahaja. Dia terkejut.

Biasanya, harga burung kakak tua sangat mahal namun, menurut penjual burung kakak tua itu dibesarkan disebuah rumah pelacuran, jadi ucapannya mengandungi kata-kata lucah yang melampau. Sebab itu tiada siapa yang mahu membelinya.

Disebabkan murah, wanita itu membeli burung kakak tua itu dan membawanya pulang ke rumah.

Sampai dirumah, burung kakak tua itu melihat sekeliling.

“Wah, rumah baru. Dapat ‘mak ayam’ baru,” kata burung kakak tua itu.burung kakak tua, burung kakak tua melucah. burung kakak tua suka cakap kotor, lawak burung kakak tua

Wanita itu hanya ketawa dan menganggap apa yang dituturkan burung kakak tua itu hanyalah gurauan.

Kemudian, anak perempuannya pulang ke rumah. Sebaik masuk, burung kakak tua itu memerhatikannya.

“Wow, ada ‘anak ayam’ baru. Manisss..” kata burung kakak tua.

Anak perempuannya terkejut, tetapi setelah diterangkan oleh ibunya, barulah dia faham dan ketawa.

Tidak lama kemudian, suami wanita itu bernama Ujang yang baru pulang dari kerja masuk ke rumah.

Burung kakak tua itu memandangnya dan terus berkata, “Hai Ujang, lama tak nampak?”

Kah kah..

Semoga memberi manfaat.

Loading...

Leave a Reply