Tiada Wang Ganjaran Walaupun Puasa Penuh Cara Aaron Aziz Didik Anak

Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri untuk mendidik anak dalam memahami agama dan kepentingan mendekatkan diri pada Tuhan.

Begitu juga dengan Aaron Aziz yang begitu tegas mendidik anak-anak dan tidak pernah mengamalkan ganjaran hadiah mahupun wang sebagai balasan jika mereka berjaya berpuasa penuh.


Dia sering mengingatkan anak-anak tentang tujuan berpuasa serta keberkatan yang akan diperolehi jika melakukan dengan niat kerana Allah.

“Saya sering beritahu mereka kalau tak boleh buat untuk Allah, macam mana Allah hendak dengar apa permintaan kita?

“Saya tidak amalkan ganjaran tetapi sentiasa ingatkan berpuasa di bulan Ramadan adalah diri mereka dengan Tuhan,” katanya pada Mstar Online.

Cara Aaron mendidik anak bukanlah bermaksud dia tidak bersetuju dengan ibu bapa lain yang mendidik anak-anak mereka dengan memberikan ganjaran.


“Tiada apa yang betul dan salah dalam memberi motivasi kepada anak-anak dan setiap orang ada cara masing-masing,” ujarnya.

“Dua anak saya mula berpuasa ketika mereka berusia lapan tahun manakala yang bongsu tujuh tahun.

“Sebagai bapa saya memang tegas tentang berpuasa dan tidak mahu mereka ambil sambil lewa akan perkara itu.

“Sementara mereka masih kecil, saya mahu tegas tentang soal itu agar mereka terbiasa dengan tanggungjawab sebagai seorang Islam,” katanya.


Dia juga berkongsi tentang kerjayanya pada bulan Ramadhan yang dikurangkan demi memberi fokus kepada keluarga dan memajukan perniagaan. Dalam pada itu, dia juga akan muncul dalam sebuah telefilem raya yang berjudul Renyai Takbir Raya tidak lama lagi.

Moga Aaron dilimpahi kurniaan rezeki pada bulan mulia ini bersama keluarga tercinta. Lama juga tidak melihat Aaron berlakon.

Loading...

Leave a Reply