US Potong Dana Bantuan Pakistan, Ini Tindakan Mengejut Dari China

Isu Baitulmaqdis menyaksikan Pakistan lantang dengan pendirian untuk tidak sokong Amerika. Hasilnya Trump terus hentikan dana bantuan Pakistan berjumlah RM3.6 Bilion. China dok perhati je kemelut dan umum “sesuatu” yang mengejutkan.

CHINA AKAN BINA PANGKALAN TENTERA DI PAKISTAN

China bercadang membina pangkalan tentera laut di Pakistan susulan ketegangan semakin meningkat antara Islamabad dan Washington berhubung pemotongan dana bantuan Amerika Syarikat (AS).

 

Menurut South China Morning Post, pangkalan tentera laut itu akan dibina di Pelabuhan Gwadar, di wilayah Balochistan, di mana kapal tentera memerlukan perkhidmatan tertentu yang tidak dapat disediakan oleh kemudahan komersial.china hubungan antarabangsa dengan pakistan, hubungan ketenteraan china pakistan, US potong dana bantuan pakistan, china ambil alih pakistan

“Pelabuhan Gwadar tidak dapat menyediakan perkhidmatan spesifik untuk kapal perang,  ketenteraman awam dalam kekacauan. Ia bukan tempat terbaik untuk menjalankan sokongan logistik tentera,” kata salah seorang sumber.

Penganalisis tentera yang berpangkalan di China, Zhou Chenming berkata, republik itu perlu membina pangkalan di Gwadar untuk kapal perangnya berikutan pelabuhan berkenaan menjadi kemudahan awam.

Jumaat lepas, Pakistan mengecam keputusan tidak produktif Washington untuk menggantung berjuta-juta dolar peruntukan keselamatan ke Islamabad.

Keputusan itu berlaku sehari selepas Jabatan Negara AS, Heather Nauert mengumumkan sekurang-kurangnya AS$900 juta bantuan keselamatan ke Pakistan digantung sehingga kerajaan di Islamabad menangani isu Taliban dan kumpulan rangkaian militan Haqqani.

PELABURAN PERLABUHAN CHINA DI PAKISTAN

China bakal menerima 91% hasil daripada Pelabuhan Gwadar di Pakistan, kata Menteri Pelabuhan dan Perkapalan negara itu, Hasil Bizenjo. Selebihnya akan disalurkan kepada pihak berkuasa pelabuhan, menurut akhbar harian Dawn.

china hubungan antarabangsa dengan pakistan, hubungan ketenteraan china pakistan, US potong dana bantuan pakistan, china ambil alih pakistan

 

Sebelum itu, beberapa ahli Majlis Senat Pakistan menyuarakan kebimbangan atas kerahsiaan menyelubungi rancangan perjanjian jangka panjang Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC), di mana ramai menganggap ia hanya menguntungkan China.

Bagaimanapun, senator kerajaan mempertahankan perjanjian itu dengan berkata ia memberi banyak faedah kepada Pakistan. Beliau memberi contoh projek jana kuasa di bawah CPEC yang kebanyakannya akan dibina di wilayah Balochistan dan Sindh, akan mengurangkan krisis tenaga yang serius di Pakistan.

Sabtu lalu, Sri Lanka menyerahkan sebuah pelabuhan kepada sebuah syarikat China melalui satu perjanjian untuk meningkatkan kewangan negara itu yang mencetuskan kebimbangan di dalam dan luar negara berhubung peningkatan pengaruh Beijing.

china hubungan antarabangsa dengan pakistan, hubungan ketenteraan china pakistan, US potong dana bantuan pakistan, china ambil alih pakistan

 

Perjanjian bernilai AS$1.12 bilion (RM4.5 bilion) yang julung kali diumumkan Julai lalu, membolehkan sebuah syarikat milik China mengambil alih Pelabuhan Hambantota di selatan negara itu yang merentangi laluan perkapalan timur-barat tersibuk di dunia, melalui pajakan 99 tahun.

Loading...

Leave a Reply