Ini Cara Betul Deko Dan Cat Dinding Corak Abstrak Mula Sekarang Raya Nanti Siaplah

Bila dah bosan tengok cat dinding rumah yang sama saja setiap tahun, apa kata tahun ini kita deko dinding kediaman lain dari yang lain. Buat style corak abstrak yang memang menangkap pandangan sesiapa yang melewati kawasan berkenaan.

Sebenarnya dinding corak abstrak ini lebih menarik untuk dijadikan feature wall. Taklah nanti satu rumah bercorak-corak. Boleh pening dibuatnya. Tapi lain orang lain citarasa, ya tak? Terpulanglah.. Cuma kalau nak buat rupa gini, macam inilah cara betulnya.

Nak membuat dinding corak abstrak ini sebenarnya taklah ambil masa sampai sebulan. Cuma bila nak masuk bulan puasa ni, tentulah masa lebih terhad begitu juga tenaga. Jadi buatlah sikit-sikit. Nanti bila nak masuk 1 Syawal, siaplah dinding idaman hati di kediaman anda tu.

Panduan deko dan cat dinding corak abstrak ini telah dikongsikan oleh Puan Izni Illiyyin. Katanya deko abstrac wall ini adalah pilihan mereka suami isteri untuk kediamah seluas 650 kaki persegi.

“Saya sertakan sikit deco rumah kami yang serba sederhana. Masih mengekalkan cara sebulan satu barang.”

Ini Cara Deko Dan Cat Dinding Corak Abstrak
1. Kena pilih dinding sebagai feature wall untuk cat. Kecil atau besar atas pilihan.

2. Sebelum beli cat, dinasihatkan agar pilih warna dulu. Boleh google contoh contoh warna yang sesuai untuk digabungkan. Dua, tiga atau empat warna tidak menjadi masalah asalkan elok dan senang di mata.

3. Mulakan lukis lakaran kasar atas satu helaian kertas. Bentukkan setiap angle berdasarkan pilihan anda. Warna kan setiap ruang angle sebagai panduan sebelum anda cat di dinding.

Tip: Anda dinasihatkan untuk buat beberapa paksi utama sebagai panduan dan boleh disambung dengan angle kecil yang lain

4. Ambil marker/colour pen yang sama dengan warna pilihan cat dan warnakan di atas kertas yang telah dibuat lakaran kasar.

5. Boleh mula tampal MaskingTape di dinding dan mulakan proses cat.

6. Masking Tape boleh dicabut selepas siap proses mengecat dan anda boleh touch up bahagian bahagian yang nampak kurang kemas.

Untuk Lebih Faham, Rujuk Contoh Bergambar
Di sini saya sertakan beberapa gambar sebagai panduan untuk yang baru mula untuk deco dan untuk pasangan yang baru mulakan kehidupan berdua macam kami.

Lakaran Pertama. Marker Kuning untuk cat warna kuning dan marker Hijau untuk cat warna mint.

Lakaran Kedua dan kami kira agar warna Kuning dan Mint balance.

Lakaran final sebelum start tampal maskingtape.

Masking tape siap ditampal dan kami start dengan cat warna kuning.

Siap cat semua bahagian sebelum cabut maskingtape.

Setelah cabut maskingtape. Masking tape stilll ada di lantai.Abaikan meja penuh dengan air dan makanan sebagai backp perut lapar.

Siap cabut semua masking tape. Alhamdulillah tak perlu banyak touch up.

Gambar masa dah siap kemas.

Terima Kasih semua and hope it helps.

Sumber/Foto : Izni Illiyyin

Loading...

Leave a Reply