Bahaya Jika Biarkan Isteri Terlalu Berdikari, Kesannya Rumah Tangga Jadi Goyah

Tidak menjadi satu kesalahan jika isteri suka berdikari, namun biarlah berpada dan jangan sampai suami terasa hati.

Suami adalah lelaki dan fitrah seorang lelaki adalah untuk rasa dihormati. Mereka menganggap wanita harus berharap dan bergantung sepenuhnya pada mereka.

Apabila isteri terlalu berdikari, ia akan menyebabkan rasa hormat dan kebergantungan kepada suami akan menjadi longgar.

Secara tidak langsung akan menyebabkan suami berasa seperti tidak dihormati dan tercabar, lebih berbahaya jika wujud orang ketiga yang mengharapkan kebergantungan si suami.isteri berdikari, bahaya isteri berdikari, isteri terlalu berdikari, rumahtangga bahaya, bahaya bila isteri terlalu berdikari

Walaupun isteri boleh lakukan semua perkara dengan sendirinya. Namun, suami harus…

1. Jangan biarkan terlalu banyak perkara dilakukan sendiri oleh isteri.

2. Layani isteri dengan memanjakan isteri, dan sentiasa berada menemaninya, agar isteri selalu mengharapkan suami berada di sisinya.

3. Jangan biarkan isteri selalu membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dengan sendiri, lama-kelamaan isteri akan terbiasa, dan tidak lagi meletakkan suami sebagai keutamaan dalam membuat sebarang keputusan.

4. Banyakkan masa mendengar luahan dan cerita isteri meskipun kadang kala tidak berupaya membantu.

5. Jangan terlalu banyak meninggalkan isteri bersendirian di rumah.

6. Jangan terlalu sibuk dengan urusan kerja, komuniti dan lain-lain tanpa mengambil kira masa bersama isteri.

7. Aktifkan amalan yang sepatutnya dilakukan oleh seorang suami, seperti solat berjemaah, makan bersama, membaca Quran dan sebagainya.

Loading...

Leave a Reply