PANAS! Isu Haram Ambil Gambar Di Kedai Non Muslim; Menteri Shahidan Kassim beri amaran kepada Ustaz Azhar

Menteri Shahidan Kassim beri amaran kepada Ustaz Azhar  | Seseorang ustaz tidak berhak mengeluarkan fatwa untuk melarang atau mengharuskan sesuatu amalan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ditemui media di Kuala Lumpur hari ini Shahidan berkata sesuatu fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh mufti sesebuah negeri.

“Kita kena ingat, tiap-tiap fatwa mesti dikeluarkan oleh mufti. Kita ada mufti di setiap negeri.

“Hanya mufti yang boleh mengeluarkan fatwa sebelum disokong majlis agama Islam negeri,” katanya.Shahidan Kassim, ustaz Azhar Idrus, fatwa ustaz azhar idrus, ambil gambar kedai non-muslim. isu fatwa UAI

Shahidan ditemui di majlis rumah terbuka Krismas di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Raja Laut.

Terdahulu Shahidan ditanya mengenai pandangan dikeluarkan penceramah bebas yang popular, Azhar Idrus (gambar) mengenai hukum wanita Muslim mengambil gambar di kedai bukan Islam.

Azhar yang terkenal dengan ceramah pekat dengan pelat Terengganu dan bersahaja dalam penyampaiannya berkata langkah larangan itu perlu diambil jika seseorang wanita mempunyai pilihan.

“Kalau orang perempuan, jangan ambil gambar di kedai orang kafir selama mana ada kedai orang Islam. Jangan, tidak boleh.

“Orang lelaki tiada apa. Gambar kita ini, orang perempuan, anak dara kita, isteri kita, jangan bagi duduk pada tangan orang kafir.

“Yang lepas-lepas hendak buat macam mana. Yang akan datang jangan ambil gambar di kedai orang kafir,” katanya.

Azhar membuat kenyataan itu selepas ditanya mengenai hukum mengambil gambar. Jawaban berkenaan disiarkan portal dalam talian PAS, Harakahdaily kelmarin.

Menurut Shahidan jika seseorang ustaz mengeluarkan “fatwa” itu adalah pandangan peribadi individu terbabit.

“Hari tu pun ada (pandangan) tentang kedai dobi. Itu bukan fatwa mufti,” katanya.

Tambah Shahidan lagi pandangan seseorang ustaz tidak bertaraf fatwa.

“Dia (ustaz atau penceramah) tidak berhak buat fatwa,” katanya.

info ini mula tular sejak media Malaysiakini kongsikan artikel mengenai perkara ini seolah-olah mencari keburukkan UAI ini antara artikel yang dikongsikan oleh Malaysiakini

Penceramah terkenal Azhar Idrus menasihatkan golongan wanita Islam tidak mengambil gambar di kedai foto bukan Islam jika mempunyai pilihan.

“Tapi kita hendak pesan satu, kalau orang perempuan, jangan ambil gambar di kedai orang kafir selama mana ada kedai orang Islam. Jangan, tidak boleh.

“Orang lelaki tiada apa. Gambar kita ini, orang perempuan, anak dara kita, isteri kita, jangan bagi duduk pada tangan orang kafir.

“Yang lepas-lepas hendak buat macam mana. Yang akan datang jangan ambil gambar di kedai orang kafir. Ia macam itu.

“Kita orang lelaki tiada apa. Orang perempuan ini, ia lain, “Arma atu auroton” bukan? Ia banyak jagaan di sisi syarak,” katanya dalam soal jawab di akhbar atas talian PAS Harakahdaily semalam.

Penceramah dari Terengganu yang terkenal dengan kelucuannya itu berkata demikian ketika mengulas isu menyimpan gambar perempuan yang bukan mahram.

Azhar sebelum itu berkata orang lelaki tidak boleh menyimpan gambar perempuan untuk keseronokan atau memuaskan nafsu.

Loading...

Leave a Reply