Disaat Netizen Tertawakan Isu Putus Tunang, Sufian Terima Kata-kata Semangat Daripada Rakan Artis

Beberapa hari yang lalu, netizen sudah maklum akan isu putus tunang yang terjalin antara penyanyi Sufian Suhaimi dan pelakon muda, Elfira Loy. Berita tersebut bukan sahaja mengejutkan peminat yang sudah mula membuat pelbagai spekulasi. Namun, rakan artis yang mengenali mereka juga tidak sangka hubungan Sufian dan Elfira akan berakhir dengan perpisahan.

Berikutan berita yang menyedihkan ini, Sufian telah menerima pelbagai mesej daripada rakan-rakan artis yang memberinya kata-kata semangat dan sokongan untuk terus bangkit daripada kesedihan. Antaranya ialah daripada Aiman Tino, Ernie Zakri, Heliza Helmi dan Haqiem Rusli yang dikongsikan di instastory miliknya.

sufian dan elfira putus tunang, putus tunang, artis putus tunang, elfira loy putus tunang, sufian putus tunang

Namun nasihat daripada pelakon Sharnaaz Ahmad antara yang menarik perhatian ramai. Melalui laman Twitter, Sharnaaz menasihati Sufian agar bertabah dan menerima ketentuan Allah yang telah menetapkan jodoh antara penyanyi tersebut dengan bekas tunangnya, Elfira Loy.

sufian dan elfira putus tunang, putus tunang, artis putus tunang, elfira loy putus tunang, sufian putus tunang

“Kita sayang orang tu belum tentu dia milik kita sebab Allah dah tetapkan orang lain akan jaga dia untuk kita. Allah Maha Kuasa dan Mengetahui. Stay positive both my adik…” 

Gosip putus tunang antara Sufian dan Elfira mulai hangat diperkatakan sejak Disember lalu apabila pasangan tersebut sudah tidak meletakkan gambar pasangan masing-masing di laman Instagram. Namun selepas ibu Elfira membuat pengesahan, berita ini telah menjadi bahan lawak netizen yang mentertawakan mereka di media sosial.

Majlis pertunangan mereka yang mewah dan dikatakan tidak mengikut syarak antara yang hangat dibincangkan serta sikap boros Elfira yang berbelanja RM10,000 untuk alat solek dikatakan menjadi punca hubungan mereka retak. Macam macam lah netizen ni…

Pun begitu, sehingga setakat ini sama ada Elfira atau Sufian masing-masing belum memberi kenyataan rasmi mengenai punca putus tunang dan saling berkias di laman Instagram peribadi mereka.

Kita doakan yang terbaik buat mereka. Kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan? Tak baik kutuk-kutuk tau. Terkena batang hidung sendiri baru tahu pedihnya macam mana! 

Loading...

Leave a Reply