Jom Bantu Adik Ni, Jika Tak Mampu Dari Segi Duit Sebarkan Info Ini

“DEMI anak saya sanggup berikan sebahagian hati, kerana sudah tidak sanggup lihat dia menderita. Jika bukan saya siapa lagi, hati suami pula tidak sepadan, hendak cari penderma lain masa sudah semakin suntuk.

“Saya sudah tidak kisah dan sanggup buat apa sahaja demi melihat anak sembuh,” kata Nur Ballkis Afandi, 32, yang sanggup mendermakan sebahagian hati untuk bayi lelakinya Amzar Yusuf Mohd Faizal, berusia 17 bulan disahkan menghidap masalah kegagalan hati, ‘Biliary Atresia’.

Nur Ballkis berkata, anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu disahkan menghidap Biliary Atresia ketika baru berusia tiga bulan selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.derma, kebajikan, sedekah, sakit masalah hati, masalah hati, kanak-kanak masalah hati, bantuan derma untuk rawatan hati

Katanya, berikutan masalah Biliary Atresia Amzar Yusuf kerap menangis, mata kelihatan kekuningan, najis bewarna pucat dan tidak aktif seperti bayi lain sebayanya.

“Bila sakit dan tidak selesa dia menangis, sebagai ibu saya hanya mampu menenangkan Amzar Yusuf. Biasanya dia kembali tenang selepas saya memeluk dan mendukungnya.

“Selain itu saya tidak putus berdoa kepada Allah SWT memohon kesakitan anak diringankan atau dipindahkan kepada saya.

“Meskipun saya sedia dermakan sebahagian hati, pemindahan organ itu belum dapat dilakukan berikutan wang untuk tampung kos pembedahan sebanyak RM250,000 belum cukup.

“Mana kami nak cari wang sebanyak itu dalam masa singkat, pendapatan suami bekerja sendiri tidak menentu, manakala saya pula suri rumah sepenuh masa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dia yang kini menetap Bukit Kayu Hitam, Kedah, memberitahu, Amzar Yusof perlu dirujuk secara kerap ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, bagi membolehkan pakar memantau tahap kesihatan semasa bayi malang itu.

Wanita itu memberitahu, doktor mengesyorkan agar Amzar Yusuf menjalani pembedahan pemindahan hati di hospital di Shanghai, China secepat mungkin.

Menurutnya, penderitaan Amzar Yusuf, turut menarik perhatian orang ramai yang melancarkan tabung khas untuk bayi malang itu pada November lalu dan setakat ini mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM12,000.

Ibu malang itu berkata, dia berasa tertekan kerana terpaksa mendengar Amzar Yusuf, meraung setiap hari berikutan masalah hati dialami.

Orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga ini, boleh menghubungi Nur Ballkis di talian 019-4634523 atau menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank wanita itu bernombor 502214000204.

Loading...

Leave a Reply