Denda RM 10 ribu jika jual Air Zam-zam

Kementerian Kesihatan memberi amaran mana-mana pihak yang menjual air zamzam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1989.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, larangan menjual air zamzam di mana-mana kedai di Malaysia itu dibuat berikutan larangan yang telah di keluarkan Kedutaan Arab Saudi.

“Sejak 2012 sehingga Oktober ini, sejumlah air zamzam bernilai RM58,191.80 telah dirampas melalui hasil penguatkuasaan yang telah di­jalankan,” katanya.air zam zam, jangan jual air zam zam, jangan edar air zam zam, denda jika jual air zam zam, arahan kerajaan Arab Saudi

Beliau berkata perkara ini telah dipersetujui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memandangkan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Maka­nan 1985, air zamzam didapati dari bawah tanah dan ia dikategorikan sebagai air mineral semula jadi.

“Pengimportannya memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport,” jelasnya.

Katanya, kerajaan Arab Saudi hanya benarkan pengedaran air zamzam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat dalam kuantiti yang terhad ketika berlepas pulang dari Arab Suadi.

“Kementerian sedang me­­ning­katkan tindakan pe­nguatkuasaan ke atas pen­jualan air zamzam me­mandang­kan ia tidak dibenarkan di Malaysia,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan dan maklumkat mengenai isu berkenaan boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau laman sesawang

http://moh.spab.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq.

Loading...

Leave a Reply