“Kahwin Nanti Duduk Setinggan Je”- Respon Ibu Elfira Loy Apabila Anaknya Berbelanja Sebanyak RM10000 Untuk Barang Kecantikan

Sebuah video yang memaparkan Elfira Loy berbelanja sakan di Los Angeles membeli barang alat solek di Los Angeles Sephora Haul, menjadi tular. Video tersebut turut mendapat kecaman dari netizen dan mereka menyifatkan Elfira berbelanja secara boros. Video tersebut telah dimuatnaik di akaun YouTube milik Elfira, Twink3l TV pada hari Sabtu lepas.

Malah, netizen juga menyatakan bakal suaminya, Sufian Suhaimi perlu bekerja lebih keras bagi menanggung gaya hidup mewah Elfira selepas berkahwin. Ibu Elfira, Filzah Yusoff juga turut menyindir anak perempuannya itu.

“Eh beli-beli tak apa… Duit dia yang habis, bukan duit aunty jadi apa nak risau.

“Kahwin nanti duduk rumah setinggan je,” katanya berseloroh.Elfira Loy Boros, belanja duit di Sephora Haul, Elfira Loy Tunang Sufian Suhaimi, shopping sakan, Elfira shopping

Video pengakuan itu sehingga kini mencatat lebih 300,000 tontonan dan Elfira juga turut berkongsi video tersebut di laman Instagramnya. Tetapi Elfira menafikan tuduhan ini dan mengatakan alat solek yang dibelinya itu bukan miliknya seorang malah ada yang dipesan oleh rakan-rakannya juga.

“Saya pergi ke Los Angeles untuk sebuah acara tetapi sempat membeli-belah.

“Selama sejam di kedai itu, saya berbelanja hingga hampir RM10,000. Tak tahulah kenapa jadi begini tetapi apabila sampai di kaunter pembayaran, saya tak boleh patah balik. Jadi, kita terima sahajalah,” katanya.

Walau bagaimanapun, Elfira mengakui dia menyesal kerana berbelanja secara boros hanya untuk barangan kecantikan.

Sumber dari Astro Gempak

Loading...

Leave a Reply