Kalau Baca Dengan Nawaitu Karat Seribu, Begitu Jugalah Bunyi Komennya – Netizen

Biasa kita lihat orang ramai menjadikan laman Twitter sebagai platform meluahkan perasaan atau berkongsi pengalaman, mahupun menyampaikan rasa terima kasih.

Peluang itu tidak dilepaskan seorang pengguna dengan nama Jezzabelle yang berkongsi rasa terima kasihnya kepada beberapa pekerja warga Bangladesh yang membantu membersihkan kubur bapanya.

Ramai yang terharu dan menyatakan mereka tidak menyangka warga Bangladesh memiliki sikap sedemikian. Selama ini mereka dipandang serong saja.

Selama ni kita pandang hina pada mereka…

Bagaimanapun, niatnya itu mungkin disalah tafsir segelintir warga Twitter.

Peh, berumput sia

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan mengapa Jezzabelle tidak membersihkan sendiri kubur bapanya.

Nasib baik Jezzabelle bukan jenis cepat melatah dan meminta jasa baik orang ramai untuk tidak cepat salah faham.

Kubur masing-masing

“Kalau baca dengan nawaitu karat seribu, begitulah jadinya,” komen netizen.

Kita kena ingat, kebanyakan perbalahan dan kecam-mengecam yang berlaku di laman sosial selalunya berpunca daripada prasangka buruk.

Kalau membaca dengan niat buruk, maka buruklah penerimaan seseorang dalam menghadam sesuatu yang cuba disampaikan seseorang.

Loading...

Leave a Reply