Keon mahu saman RM200,000

tuduhan rasuah pemain kedah, jurulatih kedah saman netizen, keon saman netizen, pemain kedah dituduh rasuah
KAPTEN Kedah, Khairul Helmi Johari bukan berdendam tapi mahu menjadikan kes ini sebagai pengajaran kepada orang lain supaya jangan menuduh pemain mengambil rasuah. – Foto Syarafiq Abd Samad

KUALA LUMPUR: “Tiada maaf bagi mu, kita jumpa di mahkamah!”

Begitulah reaksi Khairul Helmi Johari kepada pemilik akaun Facebook, Muhammad Ridzwan yang membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan rasuah dilemparkannya ke atas ketua pasukan Kedah itu serta lima rakannya dan jurulatih, Nidzam Adzha Yusof.

Khairul atau lebih mesra disapa Keon berkata, meskipun Ridzwan sudah mengakui kesalahannya serta meminta maaf, namun dia sukar memaafkan kerana tuduhan yang dilemparkan terlalu berat.

“Tuduhan itu bukan sahaja mencemar maruah malah boleh memusnahkan karier bola sepak saya. Bayangkan jika Kedah termakan dengan fitnah itu dan menamatkan kontrak saya, apa saya nak buat?

“Jadi, tidak semudah itu untuk saya memaafkan walaupun dia sudah membuat permohonan maaf secara terbuka melalui video yang disebarkan.

“Pesanan saya kepada dia, berani buat, berani tanggung. Saya akan saman, sediakan saja duit untuk bayar ganti rugi, paling tidak saya akan tuntut RM200,000.

“Saya rasa kawan yang lain pun akan mengambil tindakan sama. Jadi, bersedialah jumpa kami di mahkamah.

“Saya bukan berdendam tapi mahu menjadikan kes ini sebagai pengajaran kepada orang lain supaya jangan main sedap mulut menuduh pemain mengambil rasuah,” tegas Keon.

Malah, Keon menganggap Ridzwan tidak ikhlas melakukan permohonan maaf itu apabila tidak mendedahkan wajah sebenar dengan berselindung di sebalik topi, kaca mata hitam dan penutup mulut.

“Mengapa dia perlu melindungi identitinya? Adakah dia malu atau takut untuk mendedahkan dirinya yang sebenar?

“Kalau dia ikhlas mahu memohon maaf, tidak perlu menyorokkan wajahnya. Malah, jika dia benar-benar ikhlas, sepatutnya datang berjumpa kami serta memohon maaf secara berdepan,” ujar Keon.

Ridzwan melalui akaun Facebook mendakwa Khairul bersama lima rakannya, Arif Farhan Isa, Rizal Ghazali, Amirul Hisyam Awang Kechik, Syazwan Zainon, Ifwat Akmal Che Kassim dan jurulatih, Nidzam terbabit rasuah selepas Kedah kalah 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim pada aksi final Piala Malaysia, 4 November lalu.

Bagaimanapun, pemilik akaun Facebook itu sudah memuat naik video kelmarin dengan menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada semua individu berkenaan selepas laporan polis dibuat.

Sumber: BHOnline

Loading...

Leave a Reply