Cikgu Ini Kesian Tengok Murid-Murid Dia Pakai Kasut Koyak.. Apa Dia Buat Selepas Itu Buat Ramai Terharu

SEORANG guru sekolah di Gombak, Selangor sanggup beli sebanyak 55 pasang kasut sekolah baru buat murid-muridnya yang kurang bernasib baik sehingga kedai dikunjungi itu ditutup.

Mohd. Fadli Salleh membuat keputusan tersebut setelah membuat pemeriksaan di sekolah tempatnya mengajar pada Selasa lalu dengan mendapati seramai 47 orang murid memakai kasut yang sudah lama rosak teruk.

Setiap kasut pelajar yang rosak itu kemudian telah diambil dan dilukis semula di atas helaian kertas bagi mendapatkan saiz dengan lebih tepat.

kasut murid koyak, kasut pelajar dah koyak, cikgu beli kasut untuk pelajar, jasa guru santuni pelajar

Melalui akaun sosial Facebook miliknya, segala perbelanjaan bagi pembelian kesemua kasut tersebut telah dibantu melalui sumbangan “Dana Kita” yang dikirimkan oleh rakan-rakannya sendiri.

Sebuah kedai kasut BATA dipilih untuk menjadi sasaran pembelian semua kasut tersebut malah terpaksa ditutup kerana kehabisan stok dan perlu diselenggara semula.

STATUS CIKGU TERSEBUT SEMASA DI KEDAI BATAkasut murid koyak, kasut pelajar dah koyak, cikgu beli kasut untuk pelajar, jasa guru santuni pelajar

 

“Sampai tutup kedai BATA dekat Ong Tai Kim ni lepas aku masuk nak beli 55 pasang kasut untuk murid miskin, anak yatim dan murid yang kasut koyak.

Berpeluh pekerja berdua tu cari saiz dalam stor. Kena ambil 3 patterns berlainan sebab tak cukup stok jika ambil sejenis sahaja.

Terima kasih kepada semua sahabat yang mengirim sumbangan melalui #DanaKITA. InsyaAllah esok aku akan sampaikan pada semua murid ya!”

Berpeluh pekerja berdua tu cari saiz dalam stor. Kena ambil 3 jenis berlainan sebab tak cukup stok jika ambil sejenis sahaja,” kata Mohd. Fadli menerusi laman Facebook miliknya semalam.

Kasut-kasut yang dibeli itu dihadiahkan kepada murid-murid miskin dan anak yatim. Usaha yang dipamerkan oleh Mohd. Fadli mendapat pujian dan ucapan terima kasih oleh rata-rata nitizen di Facebook.

Tindakan guru itu boleh dianggap sebagai ikutan buat pendidik di Malaysia. Selain mengajar murid, guru ibarat ibu bapa yang perlu mengambil berat dan kebajikan para pelajarnya.

Dari Mohd Fadli Salleh

Loading...

Leave a Reply