Hanya 3 Langkah, Warga Selangor Boleh Lapor Jalan Berlubang Guna Waze Je

Tahukah anda, kini terdapat cara-cara pantas dan mudah untuk memberitahu pihak berkuasa tempatan berkenaan laluan yang berlubang dan bahaya?

Semua wajib tahu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Khas buat warga Selangor.

Kini masalah jalan berlubang dapat dilaporkan terus kepada pihak berkuasa tempatan di sekitar Selangor yang menyaksikan beberapa organisasi terlibat. Kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat bagi membendung masalah jalan berlubang. Mereka dijangka menutup lubang setelah laporan diterima dalam tempoh 5 hari. Antara PBT yang terlibat adalah:laporkan jalan berlubang, jalan berlubang, jalan becak, jalan pecah, jalan bertakung air, selangor jalan berlubang

1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
2. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
3. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
4. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)
5. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
6. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
7. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
8. Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)
9. Majlis Perbandaran Klang (MPK)
10. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
11. Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)
12. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

Bagaimana mahu melaporkan?

Mudah sahaja. Anda perlukan sebuah telefon pintar dan applikasi Waze terpasang di dalamnya. Waze kini telah bekerjasama dengan keranaan negeri Selangor bagi bersama-sama mengatasi masalah jalan berlubang dengan inisiatif laporan terus dari para pengguna applikasi Waze.

Edward Ling, Pengurus Negara bagi Waze Malaysia berkata ia memudahkan para pengguna Waze selaku pemandu untuk memberi tahu lokasi masalah dengan lebih mudah dan cekap. “Lubang terbabit dapat ditampal secepat mungkin. Selepas laporan dibuat, PBT dijangka menampalnya dalam masa lima hari,” katanya selepas ditanya berapa lama masa yang diperlukan untuk PBT menjalankan tugas selepas laporan dibuat.

Cara-caranya cukup mudah.

Jangan pening kepala kerana hanya 3 perkara yang anda perlu lakukan sekiranya terjumpa lubang diatas jalan raya.

laporkan jalan berlubang, jalan berlubang, jalan becak, jalan pecah, jalan bertakung air, selangor jalan berlubang

Tekan butang report dan paparan diatas akan terpampang. Tekan butang hazard.

laporkan jalan berlubang, jalan berlubang, jalan becak, jalan pecah, jalan bertakung air, selangor jalan berlubang

Pilih pada bahagian ‘On road’laporkan jalan berlubang, jalan berlubang, jalan becak, jalan pecah, jalan bertakung air, selangor jalan berlubang

Pilih ‘Pothole’ dan tekan butang send
Selesai. Mudah sahaja kan?

Loading...

Leave a Reply