Mana Satu Stesyen Minyak Paling Best Ganjaran Kesetiaannya?

Bagi surirumah tangga sepenuh masa, hari persekolahan anak-anak bermakna ada satu lagi ‘pekerjaan’  baharu yang perlu dibuat.  Kerja yang dimaksudkan itu lain tak bukan adalah menghantar dan menjemput anak ke sekolah.

Tentunya sepanjang hari akan sekurang-kurangnya empat kali ulang alik.  Malah mungkin lebih daripada itu bila malamnya pula anak-anak ke kelas tuisyen.

Jadi cuba bayangkan berapa kerap pula anda perlu mengisi petrol kereta untuk urusan ini? Jadi mungkin ini masanya untuk anda memilih stesen minyak manakah yang paling best program kesetiaannya?

kad keahlian stesen minyak, kad royalti stesen minyak, kad stesen minyak, jimat kad isi minyak

Melalui perkongsian daripada BijenMohd ada disenaraikan  hasil dapatannya berkenaan  program kad kesetiaan yang ditawarkan  di beberapa stesyen minyak.

Oleh itu jom semak,  untuk manfaat bersama.

BHP
RM1 = 1 mata
950 mata boleh menebus RM10 petrol

PETRON
1 liter = 2 mata (RON95)
1 liter = 3 mata (RON97)
3000 mata boleh menebus RM45 petrol
(Sebelum ini RM1 = 1 mata)

PETRONAS
1 liter = 3 mata
1000 mata boleh menebus RM10 petrola

SHELL
1 liter = 1 mata
1000 mata boleh menebus RM10 petrol

CALTEX
1 liter = 1 mata
1000 mata boleh menebus RM10 petrol

Pilihlah yang berkenan di hati.

Tipsnya, cari stesen yang banyak terdapat di kawasan anda dan juga di tempat yang anda selalu kunjungi.

Sumber : BijenMohd

Loading...

Leave a Reply