Meroyan Kena Tinggal Dengan ‘Pakwe Kelantan’ Ke Sampai Jadi Rasis Macam Ni?

“Nak cari suami kena elakkan dua benda iaitu kaki MLM dan Kelantan.”

Eh, amboi-amboi! Kenapa rasis sangat tu cik kak? Hanya kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Tak baik melabel orang macam tu tau.

Baru-baru ini, sebuah posting di laman Twitter menarik perhatian pengguna apabila seorang wanita memuat naik sebuah status yang mencetuskan provokasi di kalangan netizen.

Menurutnya, kalau dulu wanita perlu mengelakkan kaki botol dan buaya darat, kini senarai itu dipanjangkan lagi.

Dia menasihati golongan Hawa untuk mengelak daripada ‘terikat’ dengan kaki MLM. Okey, mungkin poin itu boleh diterima.

Namun, status itu membuat orang ramai menjadi meluat apabila dia ‘memetik’ golongan lelaki dari Kelantan sebagai golongan yang perlu dielakkan dan tidak elok dijadikan sebagai suami.

Jangan cari isteri macam dia!

Seronok ke mencetuskan kemarahan orang?

Foto: Twitter

Alahai, mesti wanita ini mangsa penipuan ataupun pernah patah hati dengan lelaki Kelantan.

Kot ia pun tak suka dengan orang Kelantan, janganlah mendorong orang lain untuk bersikap rasis begitu. Negeri kelahiran tak menjamin seseorang itu insan baik, begitu juga sebaliknya, okey?

Loading...

Leave a Reply