Murid Tidak Lagi Disaring Ikut Tahap Penguasaan. Ujian Kemasukan Tahun Satu Harus Dihentikan

NILAI – Kementerian Pendidikan hari ini mengarahkan amalan pengasingan kelas mengikut tahap kepandaian atau penguasaan akademik murid dihentikan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata kaedah pengasingan seperti Ujian Kemasukan Tahun Satu harus dihentikan sepenuhnya bermula tahun 2019.

“Ujian berkaitan bukan dasar pendidikan, namun ia diambil oleh sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS), di mana menjadi petunjuk prestasi utama (KPI),” kata beliau memetik New Straits Times .saringan tahun 1, saringan masuk sekolah rendah, saringan pengkelasan pelajar, pelajar tahun 1, saringan pelajar, saringan tahap penguasaan

Beliau berkata lagi, amalan pengasingan tersebut bukanlah lagi satu keperluan penting justeru kementerian berharap bahawa murid-murid akan mendapat pendidikan yang holistik.

“Kami mahu murid diajar dengan lebih holistik dan tidak hanya tertumpu pada pencapaian pendidikan sahaja.

“Bagi kami, adalah lebih baik sekiranya murid-murid yang mempunyai tahap penguasaan akademik dan kelebihan berbeza dikelompokkan dalam kelas yang sama agar mereka dapat saling membantu,” katanya pada sidang media di Institut Aminuddin Baki di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, beliau menyeru agar Jabatan Pelajaran Negeri juga harus menghentikan “sekolah kawalan”, di mana murid-murid disaring berdasarkan pencapaian sukan, akademik serta disiplin kerana amalan itu tidak selaras dengan dasar pendidikan negara.

Sehubungan itu, beliau berharap pentadbir sekolah akan mengambil perhatian berhubung perkara ini sekaligus bekerjasama dengan kementerian dalam usaha menerapkan amalan yang seiring dengan dasar pendidikan negara.

Mari semak siapa Dr Amin Senin…

Loading...

Leave a Reply