Orang Bukan Islam Jangan Takut Makan Masa Ramadan Yang Islam Tu Macamlah Baru Belajar Puasa

Dalam bulan Ramadan, ada sesetengah netizen yang bukan Islam berasa segan untuk makan di tempat awam. Sehinggakan ada dalam kalangan mereka yang turut menahan lapar buat seketika bagi menghormati umat Islam jika mereka berada dalam kelompok orang Islam di bulan puasa.

Seorang pengguna twitter bernama Anwar menaikkan status yang ditujukan kepada semua rakan-rakannya yang bukan beragama Islam. Dia berpesan supaya jangan takut untuk makan di tempat terbuka ketika umat Islam sedang berpuasa kerana berpuasa adalah ujian buat orang Islam untuk menahan nafsu, lapar dan dahaga. Ini kerana dia melihat ramai rakan-rakannya yang sanggup tidak makan apabila mereka berada bersama-sama.


Ramai netizen bukan Islam memberi komen bahawa mereka sendiri menghormati rakan-rakan Muslim dan segan untuk makan dihadapan mereka. Mereka sanggup menyorok untuk makan atau menahan lapar buat sementara.

Tetapi ada juga komen netizen Muslim yang berpuasa berasa tidak kisah jika rakan-rakan bukan Islam hendak makan di hadapan mereka tetapi perlu makan dengan senyap. Biasalah, bukan semua orang Islam yang boleh tahan apabila terhidu bau makanan dan mendengar kunyahan makanan orang yang berada di sekelilingnya ketika di bulan puasa.

Sebagai umat Islam yang hidup dalam kelompok berbilang kaum, ia adalah satu cabaran untuk menahan lapar dan dahaga ketika berada dalam kalangan rakan-rakan bukan beragama Islam.

Bagaimanapun, bersyukurlah kerana kebanyakan orang bukan Islam turut menghormati bulan puasa. Apa pendapat kalian? Kalian OK tak jika rakan bukan Islam makan depan kalian?

Loading...

Leave a Reply