Kenapa Perempuan Suka Laki Orang. Eh, Dah Takde Orang Bujang Ke?

Skandal wanita bujang dan suami orang bukanlah perkara baru dalam masyarakat. Ramai yang tertanya apakah keistimewaan suami orang berbanding lelaki yang masih bujang? Berikut merupakan antara tarikan suami orang yang dipetik daripada theotherkhairul.blogspot:

1. Dah kahwin = kewangan stabil = secure.

Girls zaman sekarang sedar diri. Dia tahu yang dia tu bergetah, dan ada assets yang besar. Dia tahu bila dia jalan je di tengah orang ramai, dia boleh rasa ada sticker tertulis ‘HOT STUFF‘ di dahinya.

So, dia pun berfikir “Im hot, Im sexy, Im fabulous. I should be rich.” Ya, rich. Rich dengan duit orang lain. Orang muda pun ramai yang kata-kaya. Nak-nak anak datuk.

Tapi kenapa still nak yang berkahwin? Ya, sebab yang berkahwin, mostly boleh terus ajak berkahwin dan ada pengalamn memberi komitment terhadap seseorang. So, secure. Kalau dengan anak-anak ikan, tidak secure. Sebabnya, anak ikan lagi suka berfoya-foya dari berkahwin dan buat komitment. Anak ikan biasanya tak nak habiskan usia remaja dengan perkahwinan. Kan?

2. Makin tua, makin handsome.

perempuan suka laki orang, takde laki bujang, lelaki bujang, lelaki orang, kenapa suka lelaki orang, kenapa suka suami orang, lelaki test market

Tahukah korang, yang lelaki berjambang lagi hot dari lelaki tak ada janggut? *Terasa*. Dan semakin tua, semakin bergaya? Semakin di minati? Semakin macho? Semakin matang? Contohnya, Robert De Nero. Horatio Caine (David Caruso) dan macam-macam lagi lah. Bak kata orang, lelaki, makin lama makin berharga. Perempuan makin lama makin… erm… errrr… antik. Lagi pun, men’s life start at 40 kan?

Sama juga macam di kolej. Market lelaki vs market perempuan. Semakin senior si lelaki, semakin tinggi market. Semakin senior si perempuan, semakin kurang market nya. Kan?

Dan, perempuan amat-amat tertarik dengan lelaki yang matang. Even lelaki tu huduh, tak handsome dan muka pelik serta tua, tetapi kejantanan dan kematangan lelaki memang akan buat perempuan tertawan. Tu yang huduh and tak handsome. Kalau yang handsome dan macho?, haaa. Memang cair lah. Di tambah pula, agak susah nak cari lelaki yang matang dan single. Masing-masing kahwin pada umur 25-35 tahun.

3. Lelaki nak ‘makan luar’.

Point ni, adalah paing banyak kat dalam forum-forum online. Kalau pergi mana-mana je, point ni mesti ada. Why lelaki makan luar?
Bosan tengok muka isteri yang sama setiap hari. Semua sukakan Ais Krim Chocolate. Tapi kadang-kadang, nak juga
Kasih sayang lelaki terlampau banyak. Seorang perempuan tak cukup.

So, apa kata forum? Keperbagaian dalam rutin seharian! Ya. Jangan lah balik-balik buat benda sama. Tak ada kepelbagaian langsung dalam rumah tangga. Sebab itu lah aku pernah cakap, kalau korang boleh rasa romantik bersama suami / bakal suami tanpa berborak dan berkata-kata, maksudnya korang memang akan susah bosan antara satu sama lain. Kiranya macam korang pergi dating, then baring sambil pandang langit malam tanpa cakap apa-apa pun. Then sekali sekala jeling ke pasangan. Then sekali sekala gelak-gelak. Kan sweet tu. Hais. Korang ni tak romantik lah.

4. Lelaki yang dah kahwin tahu nak kasi ‘pandangan membara’.

Ini lagi satu salah lelaki. Lelaki bila dah kahwin, dia automatik tahu cara nak tackle, layan dan belai si gadis. Si gadis pula, punya lah naif dan lurus, terus cair. Lelaki yang dah berkahwin, amat jauh bezanya dengan lelaki yang belum kahwin. Seseorang yang dah kahwin, biasanya ada sifat sabar yang tinggi. Sifat matang yang kental dan pandai memberi pandangan serta nasihat yang amat lain. Which is, tak ada kat lelaki muda-muda. Sebab itu ramai wanita terpikat.

5. Lelaki saja je nak test market.

perempuan suka laki orang, takde laki bujang, lelaki bujang, lelaki orang, kenapa suka lelaki orang, kenapa suka suami orang, lelaki test market

Ini aku agak tergelak bila baca di sebuah forum. Actually, jangan lah kacau suami orang, sebab lelaki ni saja je nak test market. Sebab ketika umur diorang makin meningkat tua, mereka akan terfikir “Aku dah tua ke?”, “Tenaga masih macam dulu-dulu ke?”, “Agak-agak, market ada lagi tak?” atau dengan kata lain, own midlife crisis. Sebab bila dia tahu yang market dia masih tinggi, dia akan rasa secure.

Apa-apa pun semuanya berbalik kepada jodoh. Penulis yakin tiada siapa yang mahu berkongsi kasih, namun apabila didatangkan dengan ujian, mereka yang kuat dan tabah sahaja mampu menerimanya.

Tepuk dada, tanya iman. Pilihan ditangan anda

Loading...

Leave a Reply