6 Tanda Permulaan Krisis Kewangan Didalam Hidup

Masalah kewangan tidak boleh dipandang remeh. Jika tidak diuruskan dengan baik dari awal pasti akan berdepan dengan masalah kekurangan duit atau terbeban dengan hutang.

Tetapi, masih ramai yang menghadapi masalah kewangan tidak mengakui diri mengalami masalah itu. Malah, ada yang masih tidak sedar dirinya bakal mengalami krisis kewangan dalam hidup jika tidak menguruskan kewangan dengan bijak.

Ini 6 tanda yang dikongsikan Firdaus Pay untuk kenal pasti permulaan pada krisis kewangan di dalam hidup seseorang. Elakkan terbeban hutang sebelum terlambat.krisis kewangan, masalah kewangan, masalah kewangan keluarga, perbelanjaan keluarga, duit gaji tak cukup, gaji tak cukup, salah kira perbelanjaan

1. Kemahuan lebih penting berbanding keperluan

Masalah yang biasa berlaku apabila lebih mementingkan kemahuan berbanding keperluan. Keperluan adalah seperti perbelanjaan asas sewa rumah, bayaran kereta, bil utiluti, serte keperluan asas lain.

Jika terlalu boros dalam berbelanja dan melebihi pendapatan ia akan membawa kepada krisis kewangan dalam jangka masa panjang

2. Jadi hamba kepada tabiat berhutang

Ramai yang sanggup berhutang, disebabkan tidak mampu beli secara tunai anda akan mula berhutang. Cara mudah berhutang adalah dengan membuat pinjaman peribadi.

Ini akan mengakibatkan krisis kewangan yang serius jika tidak dibendung dari awal. Jika terdapat banyak hutang, anda perlu mencari pendapatan tambahan atau kurang perbelanjaan yang perlu.

3. Terlampau bergantung kat kad kredit

Apabila perbelanjaan melebihi pendapatan cara yang paling mudah dengan berbelanja menggunakan kad kredit. Kad kredit ini adalah unsecured lending, atau pinjaman yang tak memerlukan cagaran. Tapi kadar faedah biasanya sekitar 15 hingga 18% setahun.

Kesan menggunakan kad kredit secara tidak terkawal amat bahaya sudahlah membuat bayaran bulanan hanya sedikit. Ini akan membuatkan anda berdepan dengan masalah hutang kad kredit.

4. Tak mampu tanggung kos penyelenggaraan rumah, insuran, dan cukai

Apabila sudah tidak dapat membayar segala perbelanjaan asas secara konsisten ini mula menunjukkan simptom ke arah krisi kewangan. Malah, sudah tidak memperuntukkan perbelanjaan tahunan seperti insuran/takaful kereta, kos penyelenggaraan kereta, serta cukai jalan.

Sepatutnya sudah menyediakan peruntukkan untuk perbelanjaan tahunan atau untuk perbelanjaan luar jangka.

5. Terpaksa tangguh bayar bil dan duit sewa

Apabila perbelanjaan terlebih seseorang itu cenderung untuk membuat penangguhan bayar bila dan duit sewa. Apabila mula lambat bayar secara automatiknya ia akan menyebabkan anda menambah beban hutang.

Bil dan duit sewa rumah akan semakin meningkat sehingga tidak mampu untuk membuat bayaran.

6. Belanja dulu, baru simpan?

Sering amalkan sikat berbelanja dahulu baru menyimpan. Tetapi, bagaimana nak ada simpanan jika semua sudah habis dibelanjakan. Sepatutnya amalkan sikap simpan dahulu sebelum berbelanja.

Boleh cuba lakukan kaedan simpanan dengan potongan gaji atau potongan tetap berkala dari akaun gaji.

Apapun, semua itu bergantung pada individu itu sendiri. Anda akan dapat mengubahnya jika dapat melakukan pengurusan kewangan dengan baik.

Loading...

Leave a Reply