KPDNKK Rampas Susu Bayi Tiruan RM42,000

SENAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 210 kotak susu rumusan bayi disyaki tiruan bernilai RM42,000 susulan aduan mengenai seorang bayi mengalami muntah teruk selepas menggunakan produk itu.

Rampasan itu hasil hasil pemeriksaan di lima kedai ubat-ubatan dan serbaneka di sekitar Iskandar Puteri dan Skudai, dekat sini kira-kira jam 12 tengah hari, Khamis lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Johor, Khairul Anwar Bachok, berkata tindakan itu hasil pemantauan dan risikan selama kira-kira empat bulan oleh pihak pengadu yang juga pengeluar produk terbabit.

susu bayi tiruan, susu tiruan, enfagrow tiruan, peniaga campur susu tiruan dan asli, peniaga jual susu tiruan, bayi sakit selepas minum susu tiruan

 

Katanya, langkah itu dibuat selepas pengadu menerima aduan berkaitan seorang bayi mengalami muntah yang teruk selepas menggunakan susu terbabit yang kemudian disahkan tiruan oleh pihak pengeluar.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemilik premis yang berusia lingkungan 50-an menggunakan helah dengan mencampurkan kotak susu yang disyaki tiruan dengan kotak yang asli di rak jualan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Khairul Anwar berkata, pihaknya bekerjasama dengan pengeluar sebenar produk itu bagi mengenal pasti sumber pengeluar dan pengedar produk tiruan terbabit.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati invois yang ditemui di premis itu menggunakan nama dan alamat syarikat palsu bagi mengelirukan pihak berkuasa.

“Susulan kejayaan itu, pihak kementerian percaya dapat melumpuhkan kegiatan penjualan dan pengedaran produk susu tiruan di negeri ini,” katanya.

Khairul Anwar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : BeritaHarian

Untuk Melihat VIDEO, KLIIK Gambar Kotak Dibawah :

Loading...

Leave a Reply