Sis Shiela Rusly Kongsi Resipi Penang Prawn Mee Boleh Buat Untuk Berbuka

Siapa tak kenal dengan Sis Sheila Rusly kan? Pengacara rancangan meletop Ketuk-Ketuk Ramadan. Terbaru sis ada berkongsi resipi Penang Prawn Mee untuk peminat semua. Boleh buat untuk berbuka puasa. Selamat mencuba.

Penang Prawn Mee

Bahan-bahan untuk kuah:

Stok udang
Stok ayam
Fish ball
Kiub ayam maggi

Bahan-bahan untuk sambal:

Udang segar
Udang kering
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi merah
Cili kering(kisar)
Maggi cukup rasa

Bahan-bahan lain:

Mee kuning
Taugeh
Kangkung
Telur rebus
Fish cake (Yang sudah dicelur)
Dada ayam (yang sudah dimasak)
Bawang goreng
Limau kasturi
Pucuk goreng

Menu berbuka puasa sis harini “Penang prawn mee” Yang penting kuah & sambal kena letop baru kebabommmm👍🏻 kejap lagi sis tunjuk kejadiaannya. Nah sis belanja resipi: Penang prawn mee: Untuk kuah👇🏻 Stok udang Stok ayam Fish ball Kiub ayam maggi Untuk sambal👇🏻 Udang Udang kering Bawang merah Bawang putih Cili padi merah Cili kering(kisar) Maggi cukup rasa Bahan-bahan lain: Mee kuning Taugeh Kangkung Telur rebus Fish cake Dada ayam Bawang goreng Limau kasturi Pucuk goreng Nak makan kuah kena panass baru ada kick!! Senangkan? Less is more jom try!! #penangprawnmee #carasis #airtangansr #instafood #homecooked #cookedwithlove #maggimalaysia #maggicukuprasa #sentiasabersyukur #alhamdulillah Cc @maggi.malaysia

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

Cara-cara memasak

1. Masakan stok udang dan ayam didalam periuk.

2. Untuk sambal, dalam kuali yang lain, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi yang telah dikisar. Kemudian masukkan pula cili kering yang telah dikisar. Sesuaikan rasa dengan maggi cukup rasa.

3. Setelah sambal siap, ambil sedikit sambal dan masukkan ke dalam campuran stok udang stok ayam di dalam peruk tadi. Masukkan pula kiub ayam maggi. Masukkan pula bebola ikan dan biarkan masak untuk beberapa ketika.

4. Masukkan pula udang ke dalam sambal yang lebih di dalam kuali tadi. Biarkan sambal sehingga masak.

5. Celurkan mee dan bahan-bahan lain. Masukkan dalam mangkuk dan tuang kuah serta sambal yang telah siap dimasak tadi.

Selamat berbuka puasa.

Loading...

Leave a Reply