Rezeki Johan Dan Isteri Sentiasa Tak Putus. Ini RAHSIA Yg Mereka Lakukan Setiap Jumaat. WOW

Bila sebut sahaja pasangan suami isteri Johan dan juga Ozlyn,ramai yang setuju bahawa mereka berdua ini adalah pasangan suami isteri yang gila-gila dan kelakar.

Namun di kalangan rakan-arakan artis dan juga para peminat, mereka berdua antara pasangan yang di gemari ramai.

Dalam urusan rumah tangga, mereka berdua saling tolong-menolong dan dapat menguruskan semuanya secara tip top tanpa ada orang gaji. Maka tidak hairanlah ramai yang kagum dengan mereka berdua.

Baik dari segi rumah tangga yang aman dan bahagia, mereka berdua juga selalu mendapat tawaran dari ramai pihak.Pendek kata Johan dan Ozlyn memang selalu murah rezeki bak air yang mencurah-curah.

Selain daripada pandai menjaga hubungan silaturrahim dengan ramai orang, ini antara sikap dan amalan yang mereka berdua suami isteri lakukan buat orang sekeliling.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Ozlyn dan Johan suka untuk berkongsi rezeki dengan orang lain terutamanya pada hari Jumaat.  Mereka biasanya akan menempah makanan dalam bentuk bungkusan dan akan meninggalkan kesemua bungkusan makanan itu di mana-mana masjid terpilih.

Kata Ozlyn,”syukur rezeki kaum adam.. kali ni kami anta kt masjid wilayah pulak.. nasi ayam kunyit.. kaum adam yg g solat kt sana boleh la merasa yek..”

 

 

Amalan ini sudah di lakukan berkali-kali oleh suami isteri ini. Apa yang baik yang di tunjukkan oleh artis kita,wajar kita ikut. Memang benar, bila kita banyak bersedekah dan berkongsi rezeki terutama pada hari Jumaat, pasti rezeki kita juga semakin bertambah dan tidak putus-putus.

Lihat sahaja hidup Johan dan Ozlyn. Keberkatan dari amalan bersedekah juga ialah walaupun hidup kita tidak terlalu mewah, namun kita dapat merasakan kebahagiaan dalam hidup yang tenang serta di kelilingi oleh orang -orang yang baik.

Amalan dan sikap Ozlyn dan Johan itu turut di puji ramai orang.

 

Loading...

Leave a Reply