Ramai Terlepas Pandang Sebelum Berbuka Waktu Paling Mustajab Untuk Berdoa

Apa yang biasa anda lakukan ketika menjelang waktu berbuka puasa? Tentu ramai begitu ‘excited’ dan gembira untuk menanti waktu berbuka. Tapi, tahukah anda terdapatnya waktu mustajab doa di bulan Ramadan di mana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT?

Ya! Waktu-waktu sebelum berbuka adalah ketika yang mustajab untuk kita berdoa kepada Allah memohon apa sahaja yang kita inginkan. Jangan pula pada waktu ini kita penuhi dengan hanya berborang, bergosip dan membawang. Pasti kita akan rasa rugi nanti.

Memetik sebuah hadis bagi menyokong tentang waktu sebelum berbuka puasa merupakan waktu paling mustajab untuk berdoa seperti berikut:

“Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang terzhalimi” (HR. Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no.1752, Ibnu Hibban no.2405, dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi)

Memetik pengalaman Ustaz Iqbal Zain dari laman Facebooknya, beliau mengatakan bahawa:

Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.

Jadi, marilah kita sama-sama merebut peluang yang tersedia untuk berdoa kepada Allah pada waktu sebelum berbuka. Semoga hajat kita dipenuhi oleh-Nya.

CADANGAN DOA KETIKA BERBUKA PUASA

  1. Bertambah iman
  2. Sihat tubuh badan
  3. Mati yang baik.
  4. Murah rezeki.
  5. Anak soleh.
  6. Keluarga bahagia.
  7. Rahmat Allah.
  8. Jauh azab kubur.
  9. Lapang dada.
  10. Kekalkan iman.
  11. Ampunkan dosa.
  12. Anak2 berjaya.
  13. Perniagaan yg diberkati.
  14. Jauhi segala penyakit.
  15. Ibadat diterima.
  16. Mudah segala urusan.
  17. Diterima taubat.
  18. Lapangkan kubur.
  19. Mudah bayar hutang.
  20. Lailatulqadar.
  21. Syafaat Nabi SAW.
  22. Syurga Firdaus.
  23.  Jauhi neraka.
  24. Terima kitab tangan kanan.
  25. Selamat meniti Sirat.
  26. Selamat fitnah Dajal.
  27. Ketenangan hati.
  28. Doa ibubapa.
  29. Keluarga yg dirikan solat.
  30. Diterima puasa Ramadan.


Semoga memberi manfaat buat semua.

Loading...

Leave a Reply