Kisah Penumpang Tercium Tangan Pemandu Grab Buat Netizen Tergelak

SEORANG lelaki menjadi bualan netizen selepas kisahnya mencium tangan pemandu Grab secara tidak sengaja telah tersebar meluas di media sosial.

Menurut Alif Izzad, tindakan spontannya itu turut menyebabkan pemandu Grab itu berasa janggal buat seketika.

“Eh malunya sia. Kenapa aku keluar dari Grab ni, pergi salam cium tangan driver. Arghhh! Aku ingatkan bapak aku sia. Arghhh! My life is cancelled,” tulis Alif di akaun Twitter miliknya.

Sehingga kini, Izzad masih tidak dapat menerima insiden itu dan berasa malu yang teruk.

“Muka aku masih panas sebab malu. Walaupun aku takde muka, tapi mana nak letak muka Ya Allah. Dia hulur tangan nak ambil duit, tapi aku tersalam dan tercium. Please, I want to die so bad,” jelasnya.lawak, lawak grab, lawak penumpang grab, kelakar, buat malu, tersalam pemandu grab, ingat salam tangan bapak

Sementara itu, pemandu berkenaan yang hanya dikenali sebagai Bro Khai itu tidak menyangka insiden itu akan viral di media sosial.

“Dia ni ke yang cium tangan aku pagi tadi? Beria benor. Aku hulurkan jelah. Ingat nak salam je, siap cium rupanya. Nasib baik GrabPay, kalau tak haram tak bayor,”katanya.

Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen berasa lucu dengan kisah yang berlaku pada lelaki itu dan tidak kurang juga yang mengatakan tiada salahnya Izzad berbuat demikian kerana tindakan itu menunjukkan Izzad sangat beradab.

lawak, lawak grab, lawak penumpang grab, kelakar, buat malu, tersalam pemandu grab, ingat salam tangan bapaklawak, lawak grab, lawak penumpang grab, kelakar, buat malu, tersalam pemandu grab, ingat salam tangan bapak

Loading...

Leave a Reply