Tip Selepas Terlanggar Kereta Orang

Saya nak kongsikan ngan anda sume TIP SELEPAS TERLANGGAR KERETA ORANG. Sebenarnya kalau korang tak tahu cane nak handle diz moment bahaya jugak tau sebab nanti orang akan ambik kesempatan atas diri korang. So, saya harap tips nie akan dapat membantu korang semasa menghadapi keadaan tersebut. Jom Layan.

Ok, kat bawah ade beberapa step yg korang patut lakukan selepas korang terlanggar kereta orang.

:: Step Pertama ::

JANGAN PANIK (tapi saya tahu korang tetap akan panik huhuhu)

:: Step Kedua ::

Alihkan kereta korang kat tepi jalan dulu. Kalau tak, habis jem roti jalan. Lebih2 lagi kalau mase tu time orang masuk/kuar ofis. Kalau kete xleh gerak biarkan ajo kat tengah2 jalan tu..huhuuterlanggar kereta orang, langgar kereta orang, tercalar kereta orang, terlanggar side mirror orang, langgar side mirror kereta orang, langgar dan calar kereta orang

:: Step Ketiga ::

Keluar dari kereta & tengok kerosakan kereta korang dan lepas tu tengok plak kerosakan kereta yang korang langgar. Biasanya bila dah langgar nie memang kedua-dua kereta akan ada kerosakan, tak kiralah rosak tu sikit atau banyak & korang akan dimaki jika sekiranya yang bersalah tu adalah korang & menurut undang2 pun memang orang belakang(yang melanggar) yang bersalah. So, bersedialah untuk dimaki & kalau boleh jangan maki balik. Cuba balas balik percakapan dengan baik & sebaiknya korang terangkan cane perkara nie boleh terjadi. Kalau betul korang yang bersalah, jangan cepat mengaku salah. Korang cubala ambik hati orang yang korang langgar tu & selepas itu barulah korang mengaku salah korang.

:: Step Keempat ::

Bincang dengan pemandu kereta yang korang langgar tu apa tindakan yang korang berdua nak ambil selepas ini dengan nada percakapan yang baik & sopan santun supaya dia tak bengang ngan korang, kalau perlukan aauuww korang aauuww jerla.hehe.Dalam perbincangan nie, korang boleh suggestkan beberapa solution kepada pemandu yang korang langgar tue mengikut tahap kerosakan kereta korang berdua.

Tahap Kerosakan

* Rosak Banyak = Didefinisikan sebagai rosak yang melebihi kemampuan korang untuk bayar kos pembaikan. Seperti contoh: korang hanya mampu keluarkan duit sebanyak RM200 jer untuk membaiki kereta orang yang korang langgaer sedangkan kerosakan kereta tu melebihi RM200.

* Rosak Sikit = Didefinisikan sebagai rosak yang korang mampu bayar untuk kos pembaikan kereta yang korang langgar tue..

i) Kereta Korang Rosak Banyak & Kereta Yang Korang Langgar Pun Rosak Banyak!

* Kalau situasi sebegini, sebaiknya korang berdua pergi buat report kat balai polis yang berhampiran supaya kos pembaikan kereta korang & kereta yang korang langgar dapat di claims dengan pihak insurans.
* Kalau korang kaya/anak orang kaya, korang boleh settle dengan bawak kereta korang & kereta yang korang langgar tu ke bengkel & korang bayar semua kos pembaikan.

ii) Kereta Korang Rosak Banyak & Kereta Yang Korang Langgar Rosak Sikit!

* Situasi sebegini pun sebaiknya korang buat report kat balai polis supaya korang dapat claims insurans untuk baiki kereta korang yang rosak banyak tu. Untuk kos pembaikan kereta yang korang langgar tu, pemilik kereta tu akan claims kos pembaikan ke atas insurans korang. So, korang xpayahla nak kuar duit untuk bayar semua tu.
* *Begitu juga sebaliknya jika Kereta Korang Rosak Sikit & Kereta Yang Korang Langgar tu Rosak Banyak!

iii) Kereta Korang Rosak Sikit & Kereta Yang Korang Langgar Pun Rosak Sikit!

* Dalam situasi cani, korang boleh settlekan tanpa perlu report polis. Seperti yang ana dah terangkan definisi Rosak Banyak kat atas tue, korang boleh counttim elok2 ngan pemilik kereta yang korang langgar tu untuk bayar kos pembaikan kereta dia. So, tak payah korang nak bersusah payah pergi balai nak buat report.

Oh yer, kalau korang pergi buat report & korang didapati bersalah, korang akan disaman sebanyak RM300 tapi jangan takut untuk disaman sebab elok korang disaman RM300 daripada korang bayar kos pembaikan kereta yang beribu-ribu ringgit. Yang ribu-riban tu pihak insurans boleh bayar untuk korang. Lagi satu, kalau korang nak buat report..buat dalam masa 24jam. Kalau korang buat selepas 24jam eksiden tu berlaku, korang akan didenda RM400.

Loading...

Leave a Reply