Beli BMW 3 series Lebih Baik Dari Beli Vios 1.5 tahun 2017?

Pemilihan kenderaan yang betul adalah perkara yang penting kerana ianya bakal mempengaruhi kadar pengaliran wang peribadi seseorang.

Secara amnya, jenama kenderaan itu turut menjadi faktor utama yang mempengaruhi keputusan pembeli kenderaan itu. Bagi mereka yang mahu mengambil langkah selamat, jenama seperti Toyota dan Honda menjadi pilihan utama kerana reputasi mereka yang boleh dipercayai sejak zaman berzaman.

Namun, bagi sesetengah orang, ianya bukanlah keputusan yang bijak seperti apa yang dikongsikan oleh saudara Ahmad Aizatnur Zakaria di laman Facebook beliau baru-baru ini:

Daripada beli Vios 1.5 2017 diharga RM80k low spec, lebih baik beli BMW 3 series E90 LCI MSPORT 2010 di harga RM75k on the road.

beli bmw lebih baik dari vios, vios VS bmw 3 series, toyota VS vios, bmw e90, kereta second hand

Dari segi teknologi, BMW masih jauh ke hadapan. Teknologi push button tu, tahun 2004 lagi dah ada. Perdana sampai hari ini masih start pakai kunci.

Cuba pandu Vios dikelajuan 180km/j. Mesti isteri kat sebelah mengomel:

“jangan bawa laju laju bang”

Bunyi angin bukan main kuat. Seram. Kalau lalu line kanan di highway, kereta belakang mesti tembak lampu tinggi. Tak pun, kena sondol. Sebab kereta anda tidak cukup performance. Kan dah tak boleh kejar masa. Pasrah.

Handling goyang. Kena badan terlalu letih, mata mengantuk. Nak cari R&R, jauh lagi. Silap hari bulan, terbabas. Sistem keselamatan tidak mendukung sebab mampu beli low spec saja – Risiko kematian tinggi sekali.

Semua ini tak terjadi pada kereta buatan jerman itu. High spec. Kelajuan 200km/j, masih boleh lepas dua tangan untuk check allignment lagi.

Tidur anak insyaallah tak terganggu.

Tapi bukan bermakna pandu laju itu bagus. Hanya buat perbandingan dari aspek performance dan keselamatan.

Kalau tiba-tiba terlanggar lubang atau obstacles yang ganggu handling, dia ada sistem utk luruskan balik kenderaan.

Bagi yang ada jiwa sport, kalau berselisih dengan vellfire, nissan GTR, camry, hilux turbo, honda civic, volkswagen itu boleh bagi salam perkenalan lah. ?

Besok nak jual kembali, harga vios BARU jatuh 50%. Kalau ini, paling 10 – 20% sahaja. Lantaran ia sudah melepasi susut nilai tahun pertama.

Artis yang pakai BMW model E90 ini setahu saya, Wak doyok. Orang fesyen.

Perkongsian Ahmad ini turut mendapat perhatian ramai peminat automotif tempatan, termasuklah seorang pengguna BMW 3 series, model E90.

Dr. Chaku yang merupakan pengguna model kenderaan tersebut sejak tahun 2012 lagi tidak bersetuju dengan pandangan Ahmad dan turut berkongsikan pendapat beliau di laman Facebook beliau baru-baru ini:

Sebagai pemilik E90, aku sarankan agar kau orang tak terperdaya dengan penjual seperti ini.

Aku beli E90 LCI tahun keluaran 2010 pada tahun 2012 di BMW Premium Selections— kira secondhand tapi melalui Autobavaria. Masa ambil, odometer baru 8,000km. Ada warranty lagi setahun.

5 tahun aku guna kereta ni aku boleh kata kereta ini bagus. Aku berpuashati dengannya, cuma pemilikan kereta ini tak seindah gambaran yang dihebahkan.

Beberapa perkara kau kena tahu:

Harga:
RM80,000 hutang vs RM75,000 tunai. Bukan mudah kumpul wang tunai sebanyak RM75,000. Kalau kau ada wang tunai sebanyak itu, elok kau guna duit itu untuk beli kereta terpakai yang masih boleh buat pinjaman bank dan bayar harga muka tinggi, selebihnya kau laburkan.

Waranty:
BMW terpakai tahun 2010 mestilah dah luput waranti. Kereta baru ada warranty sehingga 5 tahun. Jika kewangan baru nak stabil, jangan peningkan kepala pakai kereta tiada warranty. Kecuali kau beli kereta terpakai yang kos selenggara rendah. Semestinya bukan BMW E90.

Alat ganti:
Sparepart reconditioned boleh dapat murah, tapi kena rajin cari sendiri. Kalau kereta dah rosak, nak kena cari lagi sparepart sendiri, memang niaya. Sparepart Taiwan pun murah, tapi apa guna beli kereta kualiti Jerman tapi semua pakai parts Taiwan yang tak authorised. Baik beli kereta tempatan tapi alat ganti autentik.

Tayar:
Sesetengah spec E90 tiada tayar spare. Ia pakai tayar run flat— bermaksud kalau pancit boleh jalan beberapa puluh kilometer lagi. Harga sebiji tayar run flat untuk size untuk E90 ni mececah RM1,200 sebiji. Aku tukar kepada tayar biasa, sebab tak mampu. Kalau pancit, terpaksa panggil tow truck. Lagi satu, saiz tayar pun tak begitu mudah di cari.

Penjimatan bahan api:
E90 320i mempunyai enjin 2.0L. Kecermatan minyaknya tak akan sama dengan enjin 1.6L. Mesti 2.0L lebih tinggi sedikit. Lagi-lagi kalau suka bawa macam pelesit, seperti yang dianjurkan dalam pos penjual. Jangan nanti dah beli E90, merungut setiap minggu sebab harga minyak naik.

Lain-lain:
– Ada ciri lampu tutup sendiri jika lupa matikan lampu selepas enjin dimatikan, namun namanya bukan LED Angel Eye Technology.
– Kesenyapan kabin (NVH) E90, terutamanya jika spesifikasi dengan rim 18″ dan tayar run flat, tidaklah begitu hebat. Kalau versi M-sport, NVH lebih teruk kerana springnya keras.

Kesimpulan:

Hati-hati dengan janji manis penjual. Dia cerita yang indah-indah sahaja. Tak usah percaya semua yang dia kata.

Maaf jika saya kata, jika budget kau mampu beli Vios baharu RM80,000 secara pinjaman bank, maka anda belum mampu beli BMW E90 terpakai pada harga RM75,000 secara tunai.

Oh ya! Cuba teka harga brake pad ori E90 berapa? Eh jangan kata boleh pakai brake tak ori pula.

Sebenarnya, tidak kisahlah mahu pakai kereta jenama apa. Isunya bukanlah lagi tepuk dada tanya selera, tetapi lebih kepada buka M2u, tengok baki dalam akaun berapa.

Tidak guna kalau menang bergaya pada kereta, tetapi tidak mampu untuk membuat perkara lain seperti membeli rumah atau pun bercuti ke luar negara. Ye tak?

Loading...

Leave a Reply