Wanita Ini Kongsi KAMUS IKAN Yang Mudahkan Mak Mak Ke Pasar Lebih 35 Jenis Untuk Dikenal

Bulan Ramadhan dah nak tiba, maka bermulalah misi mak-mak nak buat persediaan sambut puasa. Simpan stok makanan dalam peti ais agar mudah nak masak sahur kelak. Mak-mak yang masih belum kenal sepenuhnya jenis-jenis ikan, wanita ini kongsi KAMUS IKAN bagi mudahkan mak-mak waktu membeli.

Memilih ikan yang betul untuk hidangan pun penting juga. Nanti taklah nak masak ‘ikan sardin masak kicap’ rupanya sekali bawa balik ikan yang dibeli adalah ikan kembung. Dah tak sedap. Kamus ikan ini pun sebenarnya berguna juga untuk para suami yang selalu sangat salah beli bila mak-mak minta tolong ke kedai atau ke pasar.

Wanita ini, Noor Hidayani Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Intan berkongsi senarai rujukan kamus ikan dalam statusnya. “Senang nanti nak pergi pasar. Ini antara ikan-ikan yang biasa nampak dekat pasar.”

“Siapa nak simpan buat rujukan sendiri pun boleh. Share saja. Mudah nanti kalau mak mentua ajak pergi pasar pilih ikan, Boleh tunjuk handal.”

Kamus Ikan Khas Untuk Semua

 

 

Ikan selar – boleh dimakan oleh ibu dalam pantang.

 

Ikan selar kuning – saiznya lebih kecil

Ikan kembung@ikan termenung. Badan leper. Ada juga yang menggelarnya ikan pelaling.

Ikan mabong. Badan tebal rasanya tawar sedikit.

Ikan tenggiri. Ini jenis bunga, Isinya lebih lembut dari tenggiri batang.

Ikan tenggiri batang. Tengok corak pada badannya berbeza dari tenggiri bunga.

Ikan parang. Ada yang panggil ikan tambang. Sedap buat masak asam pedas.

Ikan susu. Kata netizen ikan ini banyak tulang. Petua orang tua nak bagi kurangkan tulang, pegang kepala dan ekor ikan lepas tu tarik. Nanti keluarkan bunyi ‘krapp’

Ikan pari potong. Tip netizen : masa membeli ikan pari cium dulu. Kalau bau hancing elakkan membeli. Susah nanti nak hilangkan baunya.

Ikan Pari Bunga. Biasanya jumpa dekat pasal saiz pinggan je. Belah Kelantan dipanggil ikan tuka.

Ikan Patin. Tip netizen : ikan patin yang sangkar sirip atas dan ekor akan pendek. Macam kesan terpotong. Itu disebabkan selalu terkena sangkar. Tapi yang kolam agak tirus @tajam ekor dan sirip tu.

Ikan keli. Ada yang kata ikan keli yang warna kehijau-hijauan, ada bintik-bintik lebih sedap.

Ikan salmon. Kepalanya lebih sedap dimasak kari.

Ikan kerapu. Masak tiga rasa pun sedap.

Ikan jenahak.

Ikan Senangin. Sedap dibakar.

Ikan siakap. Kata netizen : Siakap selalu ada kawasan muara antara laut dan sungai. Kalau siakap liar warna dia silver cerah dan ekor kuning (fresh) kalau siakap bela (kolam) warna hitam-hitam gelap sekit. Ekor pun warna hitam.

Ikan Sardin@ Selayang

Ikan Tongkol Putih@ ikan kayu. Sirip pendek. Isi lebih keras.

Ikan Tongkol Hitam. Sirip panjang. Isi lebih lembut.

Bawal Putih

Bawal Emas

Bawal Hitam

Ikan Kerisi Bali. Bahagian ekor ada lebihan panjang

Ikan Kerisi. Isi paling sedap.

Ikan Ayam. Ikan ke ayam? macam-macam nama untuknya. Ada juga yang panggil ikan jebong.

Ikan mata besar @ Ikan Uji Rashid. Bentuk macam ikan selar tapi mata besar.

Ikan Talapia Merah

Ikan Talapia Hitam

Ikan Yu

Ikan jelawat

Ikan Sebelah. Mata dia memang dedua dekat 1 bahagian yang gelap. Juga dinamakan ikan sisa nabi.

Ikan Terubuk

Ikan Cencaru. Ikan jaket pun nama dia juga.

Ikan Cermin. Nampak tak muka sendiri?

Ikan Gelama. Yang jadi ikan masin memang sedap.

Ikan Nyok-Nyok

Ikan Rohu. Kata netizen : Ni kalau di Sarawak panggil ikan Sultan, isi banyak tulang kecik-kecik. Tapi masak stim or bakar memang sedap.

Ikan Bulu Ayam. Digoreng tersangatlah sedap.

Ikan Haruan

Sumber/Foto : Noor Hidayani Abdullah (gambar ikan dari Google)

Loading...

Leave a Reply