Isu Fitnah Di Instagram, WARIS Nafi Bersalah

PENYANYI Rap terkenal dengan loghat Negeri Sembilan, Waris menafikan telah membuat kenyataan dengan kata-kata kesat sehingga menimbulkan perbalahan di beberapa akaun Instagram.

Waris, 28, berkata, dia tidak pasti sama ada akaun tersebut disalah guna pihak tertentu, namun yakin terdapat individu yang mempunyai niat buruk untuk menjatuhkan reputasinya.

“Saya tidak buat sebarang statement seperti ini. Sama ada digodam atau tidak, pastinya ingin menjatuhkan saya.

“Menuduh siapa yang buat pun bukan jenis saya, jadi saya serahkan pada anda,” ujarnya di laman Instagram pada Khamis.

fitnah waris di instagram, waris nafi bersalah, Muzammil Alias di fitnah, rembau most wanted kena fitnah, artis kena fitnah
Status dimuat naik Waris pada Khamis.

Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias didakwa menulis komen di akaun @ malaysiarising, dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap muzik ‘underground’.

Komen penyanyi lagu ke Rembau Most Wanted itu ternyata menguris hati penggiat muzik ‘underground’ yang rata-rata menyifatkan dia sudah lupa diri.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan palsu itu, Waris berkata terdapat perkataan daripada dialek Negeri Sembilan yang dieja salah.

“Dokek bro bukan dokat, percubaan yang baik, sebelum buat editing, tolong belajar dialek Negeri Sembilan dulu,” tulisnya.

fitnah waris di instagram, waris nafi bersalah, Muzammil Alias di fitnah, rembau most wanted kena fitnah, artis kena fitnah

Sementara itu, Waris juga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban berkaitan isu fitnah tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar

Loading...

Leave a Reply